Wednesday, 12 April 2017

"KASEH PROJECT"


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini dicipta khusus untuk menerangkan segala proses dan perjalanan projek bagi kursus Jalinan Masyarakat yang akan dijalankan oleh 17 orang pelajar dari jurusan Sains Aktuari di Universiti Malaya bagi sesi 2016/2017. Projek ini yang juga dikenali sebagai "KASEH PROJECT" akan diketuai oleh Nurliyana binti Baharuddin dan dibantu oleh beberapa orang majlis tertinggi yang lain. Seperti yang dibincangkan pada sesi mesyuarat kali pertama, kami telah membuat keputusan untuk menjalankan projek di Rumah Hope yang beralamat di No. 45, Jalan 20/2, Paramount Garden, Selangor, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor.




Rumah Hope
 
Lokasi Rumah Hope



Projek ini akan diadakan sebanyak 3 sesi iaitu pada 15 April (Sabtu), 22 April (Sabtu) dan juga 29 April (Sabtu) dan berjumlah sebanyak 30 jam keseluruhannya. Terdapat 36 orang anak-anak yang mendiami Rumah Hope ini bermula seawal usia 4 tahun hingga ke 17 tahun. Oleh yang demikian, kami telah memperkenalkan beberapa aktiviti yang sesuai bagi semua peringkat umur termasuklah seperti:
  1. Sesi Bahasa Inggeris
  • Tongue Twister - pelajar akan diberi satu perenggan perkataan berbelit dan mereka harus membacanya dengan pantas
  • Word Search Puzzle - pelajar dikehendaki untuk mencari perkataan tersembunyi dalam teka-teki berkotak
     
   2.  Sesi Matematik
  • Bowling Addition - Pelajar dikehendaki untukbermain boling dan perlu menambahkan nilai di botol yang jatuh untuk memperolehi markah
  • Algebra Tic-Tac-Toe - Pelajar akan bermain tic-tac-toe seperti biasa namun mereka perlu menyelesaikan soalan algebra terlebih dahulu sebelum menandakan 'X' atau 'O' di kotak tic-tac-toe mereka.
     
    3. Sesi Sains
  • Grow It - Pelajar akan diberikan kacang hijau dan dikehendaki menanam kacang hijau tersebut bersama fasilitator yang terlibat dan memerhati proses pertumbuhan pokok.
    
     4. Aktiviti Menarik
  • Bola Beracun - Pelajar perlu mengelakkan diri daripada terkena bola yang dibaling oleh pihak lawan
  • Kerusi Berirama - Pelajar perlu berjalan mengelilingi kerusi dan duduk di kerusi sebaik sahaja muzik dihentikan
  • Guess Who Am I- Pelajar perlu meneka apa yang dilakukan atau dilakonkan oleh fasilitator
  
    5. Persembahan dan Sesi Kulinari
  • Sandwich Maniac - Pelajar dikehendaki untuk menghias Sandwich mengikut kreativiti mereka dan mereka akan dinilai oleh para juri
  • You Got Talent - Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki untuk merancang persembahan untuk seluruh warga Rumah Hope. Pelajar akan diberi masa untuk berlatih.
  • Sesi Meraikan Anak-Anak - Makan kek bersama- sama sambil berkongsi pengalaman antara para fasilitator dan anak-anak Rumah Hope.
     
   6. Hari Sukan 
  • Senamrobik - Pelajar akan melakukan senamrobik dan dibantu dengan tunjuk ajar para fasilitator
  • Indoor Games - Pelajar akan melakukan permainan pindah getah menggunakan straw, teng-teng, lari ikat kaki dan memindahkan air dari baldi menggunakan span.
  • Outdoor Games - Pelajar akan bermain Explorace dimana mereka akan diberi klu dan melaksanakan tugasan untuk menyelesaikan permainan.
      

No comments:

Post a Comment

VIDEO