Pada hari Sabtu bersamaan 22 April 2017 yang lalu, kami
sekali lagi telah menjalankan aktviti di Rumah Hope buat kali kedua. Kami
bertolak dari Universiti Malaya seawall jam 8.45 pagi dan sampai ke destinasi
yang dituju pada jam 9 pagi. Seperti sebelum ini, kami memulakan aktiviti kami
pada hari itu dengan senaman pagi iaitu sesi memanaskan badan dan Zumba yang
telah diajari oleh Muhammad Hafiz, Umi Umairah dan juga Saaid Umar Aisar.
Pertemuan kami pada kali pertama sebelum ini berjaya membuang rasa janggal di
antara ahli jawatankuasa dan juga kanak-kanak Rumah Hope ini untuk bergaul
dengan mesra memandangkan kami sudah kenal antara satu sama lain.
![]() |
Selamat Datang !!! |
![]() |
Time For Zumba :) |
![]() |
Coach for Zumba !! |
![]() |
Zumba ;) |
![]() |
Zumbaa ;) |
![]() |
Zumba ;) |
Setelah selesai sesi senaman pagi tadi, kanak-kanak ini
dibahagikan kepada dua buah kumpulan dan kemudiannya mereka ini diminta untuk
berlatih bagi sesi persembahan yang akan diadakan pada jam 11.30 pagi nanti.
Kumpulan persembahan ini dipecahkan mengikut jantina masing-masing. Praktis
persembahan yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah dibimbing oleh ahli
jawatankuasa untuk melancarkan sesi tersebut. Setelah berlatih selama satu jam untuk persembahan,
kedua-dua kumpulan ini telah bersedia untuk mempersembahkan bakat
masing-masing. Mereka kelihatan sungguh teruja ketika sesi ini dijalankan.
Seusai sesi persembahan pada jam 1 petang, kami menghentikan
sebentar aktiviti kami untuk memberi ruang untuk kami dan kanak-kanak ini untuk
makan tengah hari dan persiapan untuk solat Zohor.
Perjalanan projek kami kembali berlangsung dengan sesi
Bahasa Inggeris iaitu “Word Search Puzzle” yang bermula pada jam 2 petang dan
berakhir pada jam 4 petang.
Disebabkan kanak-kanak ini lebih cenderung dalam
aktiviti yang melibatkan kesenian, kami telah meneruskan hari kami di situ
dengan sesi origami dan diikuti dengan “Grow It”. Semasa sesi origami, ahli
jawatankuasa akan menunjukkan cara-cara membuat origami dan akan diikut oleh
kanak-kanak tersebut. Begitu juga dengan sesi “Grow It” di mana ahli
jawatankuasa menunjukkan cara-cara menanam benih kacang hijau. Kanak-kanak di
Rumah Hope itu begitu teruja sewaktu sesi “Grow It” dan mereka tidak berhenti-henti
menanyakan soalan kepada kami mengenai benih kacang hijau itu.
Pada jam 5.30 petang, kami berhenti sebentar untuk minum
petang dan persiapan solat Asar. Sebelum itu, kami diminta oleh warden Rumah Hope untuk membantunya menyediakan makanan untuk makan petang buat kanak-kanak tersebut.
Minum petang bersama kanak-kanak Hope |
Fasilitator membantu menyediakan minum petang |
No comments:
Post a Comment