Anis Amirah binti Din Arif
SIQ 160004
"Berbanding lawatan pertama kami ke Rumah HOPE, lawatan kedua adalah lebih baik. Alhamdulillah kami dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan hubungan kami bersama kanak-kanak di Rumah HOPE semakin akrab. Pada mulanya, saya tidak bersedia untuk memulakan program kami kerana risau kejadian yang sama akan berlaku pada lawatan pertama kami. Namun tanggapan saya salah kerana mereka menyambut kehadiran kami dengan baik dan memberikan respons yang baik kepada aktiviti-aktiviti yang kami lakukan. Semasa slot persembahan, saya ditugaskan untuk menjaga kumpulan lelaki dan membuat persembahan bersama mereka. Berbanding dengan kanak-kanak perempuan, mereka lebih nakal dan aggresif. Walaupun telah diajak berkali-kali tetapi masih juga degil. Tetapi hal ini memberikan pengalaman kepada saya kerana saya dapat belajar untuk menjaga kanak-kanak dan cara-cara untuk mengambil perhatian mereka. Apabila mereka mendengar lagu dipasang, mereka terus berkumpul dan menari bersama-sama. Melalui lawatan kedua ini juga, kami dapat mengeratkan hubungan kami dengan mereka dan mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan kami . Harapan saya untuk lawatan terakhir ke Rumah Hope ialah kami dapat sedikit sebanyak menjadi sebahagian daripada detik-detik manis mereka dan memperoleh pengalaman yang lebih banyak dan bermanfaat."
Cheong Yi Jing
SIQ 160005
"Melalui lawatan ke Rumah Hope, saya dapat belajar mengenai cara-cara berkomunikasi dengan kanak-kanak. Saya mahir menguruskan dan memujuk kanak-kanak yang kurang memberi komitmen pada mulanya dan berjaya menambahkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti yang kita rancang. Saya rasa gembira dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan saya yang turut memberi sumbangan sepanjang masa aktiviti dijalankan. Namun begitu, saya rasa simpati terhadap kanak-kanak di Rumah Hope kerana kekurangan kasih sayang keuarga walaupun diberi penjagaan sejak kecil lagi. Saya rasa amat bersyukur dengan apa yang saya punyai pada hari ini. Saya berharap lawatan kami ke Rumah Hope dapat memberi sedikit sebanyak perasaan kasih sayang dan kenangan manis kepada mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat. Dengan perbincangan dan cadangan yang dipaparkan oleh ahli-ahli kumpulan selepas dua lawatan, saya yakin lawatan ketiga kami ke Rumah Hope dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berjaya lagi."
Harissa Amani Binti Abdul Razak
SIQ 160008
"Lawatan kedua kami ke Rumah Hope memberi saya keceriaan dan pengalaman baru . Saya ditugaskan untuk menguruskan kumpulan kanak kanak perempuan dan saya belajar permainan baru bersama mereka iaitu 'Cup Song'. Saya mempelajari bahawa kegembiraan dan kebahagiaan di dunia ini tidak diuukur dengan nilai mata wang tetapi dengan kasih sayang dan kita sendiri yang menentukan kebahagiaan kita dengan menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Saya juga merasakan setiap aktiviti yang kami lakukan memberi impak positif dan meningkatkan daya keyakinan mereka untuk bergaul dengan komuniti . Saya merasakan kanak-kanak ini seperti adik saya sendiri dan mula sayang pada mereka, hubungan kami semakin rapat dan mereka sentiasa bergurau dengan kami."
Intan Syafinaz Binti Muhammad Hatta
SIQ 160009
"Lawatan ke Rumah HOPE pada hari kedua (Sabtu 22/4/2017) merupakan lawatan yang amat saya nantikan kerana setelah pelbagai perubahan dilakukan berdasarkan pengalaman hari pertama kami di Rumah HOPE, semua ahli kumpulan sangat berharap aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar pada hari kedua. Pada awal pagi lagi, saya sudah berasa sangat gembira kerana kanak-kanak di Rumah HOPE menyambut kedatangan kali kedua kami dengan riang dan hampir semua kanak-kanak sudah mula mengenali setiap ahli dalam kumpulan kami. Perjalanan aktiviti berjalan dengan sangat lancar kerana aktiviti yang dirancang merupakan aktiviti yang menarik minat kanak-kanak untuk terlibat secara langsung terutamanya aktiviti persembahan dan menyelesaikan Word Puzzle. Kesemua yang berada di dalam Rumah HOPE juga turut terhibur dengan aktiviti kami kerana kami menari bersama-sama dan menunjukkan kehebatan masing-masing dalam tarian. Sudah pasti ini merupakan saat yang tidak dapat saya lupakan sepanjang program Jalinan Masyarakat kami kerana hubungan keakraban antara saya dan rakan-rakan bersama kanak-kanak Rumah HOPE sudah terjalin erat. Walaupun terdapat beberapa kekurangan yang berlaku terutamanya semasa sesi Grow It, namun saya dan rakan-rakan tetap berpuas hati kerana aktiviti yang dirancang berjalan lancar dan kanak-kanak gembira melakukannya. Saya berharap kedatangan terakhir kami pada hari Sabtu 29/4/2017 akan lebih meriah, ceria dan meninggalkan kenangan yang lebih manis."
Lee Wei Keng
SIQ 160012
"Sebelum
lawatan kali kedua ke Rumah HOPE, saya fikir saya akan penat seperti lawatan
pertama kerana kanak-kanak di sana memang terlalu aktif. Namun, selepas lawatan
kedua, saya rasa lebih seronok and tidak begitu penat jika dibandingkan dengan lawatan pertama.
Pada awalnya, "super kid(joshua)" yang saya jaga masih aktif dan sering menganggu kawan-kawannya seperti pada hari pertama. Selepas pergaulan yang lebih
mendalam dengannya, dia telah lebih faham baik buruk tindakannya dan tidak lagi menganggu kawan-kawannya yang lain. Walaupun dia tidak berbuat demikian lagi, dia masih tidak menunjukkan minat dengan aktiviti yang dijalankan, oleh itu, saya telah memberikannya kertas
untuk melukis dan mewarna. Dia telah menghadiahkan lukisannya kepada saya dan
saya turut membalasnya dengan membuat origami untuknya. Saya berharap pada lawatan ketiga nanti, dia akan lebih berminat dengan aktiviti yang dijalankan dan lebih rapat dengan
kawan-kawannya. Melalui lawatan ini, saya rasa ia sangat penting untuk mengetahui
apa yang diharapkan oleh kanak-kanak. Bukan itu sahaja, setiap kanak-kanak
mempunyai personaliti yang berbeza dan kita kena menyesuaikan diri dengan
personaliti tertentu mereka."
"Pada 22 April 2017 (Sabtu), saya telah mengunjungi Rumah HOPE bersama dengan rakan sekursus saya untuk program Jalinan Masyarakat Sains Aktuari Univeristi Malaya 2016/2017 pada kali kedua. Saya harap dalam lawatan ini, kami boleh mengukuhkan lagi hubungan bersama kanak-kanak dan juga berharap pada kali ini kanak-kanak boleh lebih bekerjasama dengan kami dan bersama-sama melicinkan program yang akan dijalankan. Pada lawatan kali ini, kami juga telah menjalankan banyak aktiviti bersama dengan mereka, seperti “word puzzle”, "grow it" dan "movie"."Grow it" merupakan satu aktiviti di mana kami akan menanam kacang hijau bersama kanak-kanak. Dalam process aktiviti tersebut, kami nak memupuk perasaan suka akan alam sekitar terhadap kanak-kanak. Melalui lawatan yang kali kedua ini , saya mendapati bahawa hubungan yang rapat telah ditanam di antara kami dengan kanak-kanak. Kanak-kanak semakin rapat dengan kami dan rela memberi kerjasama kepada kami untuk menjalankan aktiviti yang disediakan. Namun, terdapat juga beberapa kanak yang tidak mendengar kata, antaranya seorang kanak yang ada penyakit ADHD yang agak mencabar. Melalui lawatan ini, saya juga telah mengetahui bahawa kita hendaklah bersabar menghadapi sebarang cabaran yang datang melintang."
Lim Cheen Cheen
SIQ160013
"Ini adalah kali kedua kami melawat rumah hope dan kami semua berasa sangat gembira kerana dapat bermain-main dan mengajar kanak-kanak lagi. Dalam lawatan ini, kami lebih cekap dalam mengawal budak-budak yang nakal dan lebih cekap dalam menyediakan aktiviti-akiviti yang sesuai untuk mereka. Berbanding dengan lawatan pertama, saya berasa aktiviti-aktiviti berjalan dengan lebih lancar. Saya berharap dalam lawatan seterusnya, kami dapat manambahbaikkan lawatan ini supaya memberi suatu kenangan yang baik kepada kanak-kanak."
Lim Yong Xin
SIQ 160016
"Pada 22 April 2017 (Sabtu), saya telah mengunjungi Rumah HOPE bersama dengan rakan sekursus saya untuk program Jalinan Masyarakat Sains Aktuari Univeristi Malaya 2016/2017 pada kali kedua. Saya harap dalam lawatan ini, kami boleh mengukuhkan lagi hubungan bersama kanak-kanak dan juga berharap pada kali ini kanak-kanak boleh lebih bekerjasama dengan kami dan bersama-sama melicinkan program yang akan dijalankan. Pada lawatan kali ini, kami juga telah menjalankan banyak aktiviti bersama dengan mereka, seperti “word puzzle”, "grow it" dan "movie"."Grow it" merupakan satu aktiviti di mana kami akan menanam kacang hijau bersama kanak-kanak. Dalam process aktiviti tersebut, kami nak memupuk perasaan suka akan alam sekitar terhadap kanak-kanak. Melalui lawatan yang kali kedua ini , saya mendapati bahawa hubungan yang rapat telah ditanam di antara kami dengan kanak-kanak. Kanak-kanak semakin rapat dengan kami dan rela memberi kerjasama kepada kami untuk menjalankan aktiviti yang disediakan. Namun, terdapat juga beberapa kanak yang tidak mendengar kata, antaranya seorang kanak yang ada penyakit ADHD yang agak mencabar. Melalui lawatan ini, saya juga telah mengetahui bahawa kita hendaklah bersabar menghadapi sebarang cabaran yang datang melintang."
Muhammad Farid
Danial bin Khairul Azlee
SIQ 160022
"Pada
22 April 2017, bermulanya Jalinan Masyarakat Sains Aktuari Universiti Malaya
16/17 sesi yang kedua. Setelah menyedari kekurangan yang timbul pada sesi yang
lepas, kami telah memperbaiki secara fizikal dan mental dengan harapan mampu
memberi sinar harapan yang baru buat projek kami bersama anak-anak yatim.
Sepanjang perjalanan projek ini sesi kedua, pada awalnya mereka sukar untuk
bekerjasama namun dari masa ke semasa, mereka mula berhibur dengan aktiviti
baru bersama kami antaranya membuat persembahan, bernyanyi bersama-sama, dan
menari. Tambahan pula, perjalanan projek menjadi lebih teratur dengan pembahagian
anak-anak yatim mengikut jantina serta golongan yang istimewa iaitu golongan
yang sangat aktif untuk dijaga oleh Fasilitator yang telah ditetapkan. Akhir
sekali, projek pada sesi kedua berakhir dengan baik berbanding sesi yang lepas.
Semua fasilitator gembira pada sesi ini dan anak-anak yatim turut gembira."
Muhammad Hafiz Bin Ibrahim
SIQ 160023
"Hari kedua saya melawat ke Rumah HOPE dengan harapan kanak-kanak disana dapat dikawal, Alhamdulillah mereka semua mendengar kata dari kami semua. Aktiviti juga berjalan dengan lancar berbanding lawatan pertama kami. Saya cukup terharu kerana kanak-kanak disana masih ingat nama saya dan hubungan saya dengan kanak-kanak disana juga telah rapat. Selain itu, saya belajar menari dari mereka juga iaitu menari lagu Waka Waka – Shakira. Saya bertanya kepada mereka bagaimana mereka tahu menari lagu itu dan mereka jawab ada seorang wanita france mengajar mereka, saya cukup terharu kerana mereka ingat apa yang diajar oleh orang luar yang berkunjung ke Rumah mereka. Akhir kata, saya berasa amat gembira kerana mereka mendengar kata sepanjang aktiviti dilaksanakan."
Nur Syafiqah Binti Shaiful Bahri
SIQ 160034
"Pada kali kedua lawatan saya ke Rumah Hope, sejujurnya saya agak risau seandainya perkara yang terjadi pada hari pertama berulang kembali; kami tidak dapat mengawal kanak-kanak yang terlalu ‘hyper’. Namun begitu, sangkaan saya meleset apabila kanak-kanak di Rumah Hope ini lebih senang dikawal pada hari kedua pertemuan kami. Rancangan kami untuk membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan ternyata membuahkan hasil. Kali ini, mereka lebih senang untuk memberikan kerjasama dengan kami untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, saya juga berasa gembira kerana kanak-kanak ini kini lebih mesra untuk bergaul dengan saya. Mereka bertanyakan banyak soalan kepada saya terutamaya ketika sesi “Grow It”. Lebih menyentuh perasaan saya, ada seorang kanak-kanak telah menghadiahkan kami semua coklat ‘KitKat’ sebelum kami pulang ke kolej masing-masing."
Nurliyana Binti Baharuddin
SIQ 160037
"Berdasarkan lawatan kedua kami ke Rumah Hope, saya dapat simpulkan bahawa hari kedua berjalan dengan lebih lancar dan teratur jika dibandingkan dengan hari yang pertama. Pelbagai masalah yang dapat ditangani oleh semua ahli kerana masing-masing telah belajar daripada pengalaman lepas dan membetulkan beberapa kesilapan. Strategi kami untuk membahagikan kumpulan lelaki, perempuan dan kanak-kanak khas (hyperactive) amat berkesan dalam mewujudkan suasana yang lebih tenang. Selain itu, hubungan kami bersama anak-anak di Rumah Hope juga semakin erat dan lebih mesra, mungkin kerana mereka sudah semakin selesa dengan kami. Oleh kerana saya seorang yang kurang pandai memujuk kanak-kanak, saya telah ditugaskan untuk menjaga kumpulan perempuan dewasa. Apa yang saya pelajari tentang mereka ketika sesi persembahan adalah mereka mempunyai bakat yang terpendam dan minat yang sangat mendalam terhadap tarian serta nyanyian. Tidak lupa juga akan kanak-kanak kumpulan lain yang membuat persembahan yang amat menghiburkan hati saya. Saya juga dapat merasakan bahawa pada hari kedua, kepenatan yang dialami adalah kurang berbanding hari pertama kerana strategi kami yang berkesan. Akhir kata, saya amat berharap agar lawatan kami yang terakhir pada 29 April nanti akan berjalan dengan lebih lancar dan ikatan ukhwah yang lebih erat dapat dibina di antara kami dan kanak-kanak di Rumah Hope."
Umi Umairah Binti Ahmad Azman
SIQ 160040
"Melalui lawatan ke Rumah HOPE kali kedua ini, saya telah pelajari banyak perkara. Pertama sekali, satu perancangan yang teliti perlu dilakukan supaya lawatan yang dirancang boleh berjalan dengan lancar. Disebabkan kami telah mempunyai pengalaman ke Rumah Hope, kami dapat pelajari sedikit sebanyak tentang kanak-kanak di Rumah Hope dan juga cara menguruskan mereka. Semasa lawatan, program berjalan dengan lebih teratur dan mengikut jadual yang kami rancang. Pembahagian kumpulan lelaki, perempuan dan kanak-kanak khas juga berkesan. Saya juga rasa lebih rapat dengan kanak-kanak yang saya jaga dan itu menjadikan tugas saya lebih mudah. Saya juga semakin mahir cara memujuk kanak-kanak yang menangis akibat dibuli oleh kawan-kawannya. Saya yakin hari ketiga juga akan berjalan dengan lebih lancar lagi kerana kami telah mengenali mereka dan mereka juga menunggu kedatangan kami yang seterusnya. Namun begitu, saya agak kecewa kerana Danish (kanak-kanak khas) yang saya perlu jaga perlu ke hospital pada waktu pagi kerana demam panas dan hanya pulang ke Rumah Hope pada waktu petang sahaja. Saya harap pada hari ketiga dia akan pulih seperti biasa dan bermain dengan saya."
Choong Shi Kee
SIQ 160042
"Sudah
tibalah masa untuk kami melawat
ke Rumah Hope dengan kali kedua! Kami
tidak sabar untuk berinteraksi dengan budak-budak yang comel dan kami telah
merancangkan aktiviti yang lebih menarik serta lebih sesuai kepada mereka.
Melalui lawatan kali
pertama, mereka lebih teruja dan gembira dengan kedatangan kami.
Kami dapat mengawalkan keadaan di situ dengan membahagikan mereka dengan tiga
kumpulan, iaitu kumpulan lelaki, perempuan dan budak-budak khas. Sekumpulan
ahli bertanggungjawab menjaga budak-budak khas yang tertentu agar aktiviti kita
dapat dijalankan dengan lebih lancar. Masa berlalu tanpa kami menyedari, kami
terpaksa menamatkan lawatan kami. Sebelum kami pulang, ada satu budak lelaki
tanya saya, bila kami akan datang lagi? Saya dapat rasakan perasaan berat hati
dari matanya. Kemudiannya, dia bagi gula-gula kepada saya dan Cheen Cheen
(salah satu ahli kami) . Saya
amat terharu dengan tindakannya kerana saya memahami budak sangat suka
gula-gula tetapi dia masih rela bagi gula-gula kegemarannya kepada kami.
Gula-gula itu telah menjadi kerashiaan antara kami. Melalui lawatan ini, kami
dapat mengawal pelbagai
sikap budak-budak yang ada dan bermain dengan mereka serta memujuk apabila
mereka menangsi. Kami juga memahami bahawa komunikasi dengan anak-anak adalah
sesuatu perkara yang amat gembira kerana mereka yang belum dipengaruh oleh
masyarakat kini masih dapat meluahkan perasaan yang sebenar dari hatinya."
Saaid Umar Aisar bin Saaid Hazley
SIQ 160045
"Bersambunglah pada minggu ke seterusnya, saya kagum akan kemesraan mereka terhadap saya. Program yang hendak dilakukan juga berjalan degan lebih lancar dengan penuh kooperasi. Saya sedar bahawa budak perempuan suka melakukan aktiviti aktiviti menari dan kagum akan bakat mereka. Minggu ini saya lebih menyertai dalam program dan saya bertanggungjawab terhadap budak lelaki sahaja. Saya juga terharu kerana mereka mengingati nama saya. Minggu ini adalah minggu terakhir saya kerana minggu depan saya tidak dapat mengikuti program. Ketika hendak pulang saya berasa sedih dan terharu kerana merka memberi kami kitkat dan menunggu kehadiran kami ke seterusnya."
Muhammad Akmal Bin Mohd Sani
SIQ 160046
"Assalamualaikum. Saya Muhammad Akmal Bin Mohd Sani(SIQ160046). Pada hari kedua lawatan kami ke Rumah Hope ini, saya dapat rasakan bahawa kami semakin mengenali dan lebih rapat dengan kanak-kanak di sana seolah olah kami mempunyai 'chemistry' dengan mereka. Semua aktiviti yang dijalankan pada hari kedua mendapat sambutan yang menggalakkan dari mereka bermula dari sesi zumba, persembahan, sesi bahasa inggeris sehinggalah sesi tayangan video. Walaupun kami masih tidak dapat mengawal beberapa kanak² yang sangat aktif namun saya rasa kami dapat mengawal suasana dengan lebih baik dan sistematik berbanding lawatan kami yang pertama. Justeru, harapan saya agar momentum ini dapat kami kekalkan hingga hari terakhir dan agar kami dapat membina satu kenangan yang terindah bersama kanak² di rumah hope."
Yao
MengLiang
SIQ160701
"Pada
hari Sabtu yang lepas, kami telah pergi melawat rumah anak-anak yatim. Saya
merasa begitu gembira dpat bersua kembali dengan kanak-kanak itu. Sebelum ke
sana, saya sentiasa terfikir mengenai kanak-kanak ini, sama ada mereka sihat
atau sebaliknya. Walaupun kami baru sahaja berkenalan, tetapi saya sudah
menganggap mereka seperti adik-adik saya sendiri.Saya berharap pada kali ini
saya dapat menceriakan lagi hari-hari mereka. Setibanya kami di sana, kelihatan
kanak-kanak itu sedang mengalu-alukan kedatangan kami. Pada kali ini, kami
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya telah ditugaskan untuk menjaga
seorang kanak-kanak yang tergolong dalam kalangan yang ‘hyper’. Dia sangat
peramah dan suka bercakap tanpa henti. Walaupun kadang-kadang dia agak nakal,
namun saya dapat merasakan bahawa dia sebenarnya inginkan perhatian dan
dahagakan kasih sayang. Kami meluangkan masa bermain ‘games’, membaca buku dan
saya juga menunjukkan kanak-kanak itu gambar-gambar kampong halaman saya di
China dan menceritakan mengenai perbezaan Malaysia dan China seperti dari segi
cuaca. Sewaktu kami ingin bersurai, dia berdiri di tingkat kedua bangunan dan
melambai-lambai kearah saya, membuatkan saya terharu seketika Hanya tinggal
sekali sahaja lagi peluang untuk saya berjumpa dengan mereka. Saya berharap
pada sesi seterusnya kami dapat memberikan pengalaman yang tidak pernah mereka
alami. Saya juga berharap mereka dapat merasakan kasih sayang yang cuba kami
berikan buat mereka"
No comments:
Post a Comment