Tuesday, 18 April 2017

Pengalaman Bermakna Hari Pertama di Rumah HOPE

Pada 15 April 2017 (Sabtu) yang lalu, kami telah menjalankan projek jalinan masyarakat seperti yang telah dijadualkan dalam entri sebelum ini. Pertama kali menjejakkan kaki di Rumah HOPE ini, semua ahli kelihatan sungguh teruja dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti seperti yang telah dirancang. Kami bertolak dari Universiti Malaya pada jam 7.45 pagi dan sampai di Rumah HOPE sekitar jam 8.20 pagi. Kehadiran kami telah disambut dengan baik dengan warden dan seluruh penghuni Rumah HOPE.

SELAMAT DATANG !!!
Hari pertama kami dimulakan dengan sesi ice-breaking pada jam 10 pagi di mana fasilitator memperkenalkan diri masing-masing kepada kanak-kanak Rumah HOPE.
SESI ICE BREAKING
SESI ICE BREAKING
SESI ICE BREAKING
SESI ICE BREAKING
SESI ICE BREAKING




Sejurus sahaja selesai sesi ice-breaking, aktiviti kami diteruskan dengan senaman ringan yang diketuai oleh biro aktiviti iaitu Akmal, Farid dan Wei Keng. Bagi menambahkan ‘mood’ kanak-kanak ini, biro aktiviti telah menyediakan ‘game’ yang menarik dimana kanak-kanak ini bersama fasilitator perlu berebut selipar (seperti yang dapat dilihat di dalam video yang disediakan)
GAME BEREBUT SELIPAR
GAME BEREBUT SELIPAR

Seusai sesi senaman ringan sekitar jam 11 pagi, program “Kaseh Project” diteruskan dengan sesi yang lebih menjurus ke arah akademik iaitu sesi Bahasa Inggeris. Aktiviti yang dijalankan sewaktu sesi ini ialah “Tongue Twister” dan “Word Search Puzzle”. Kanak-kanak ini dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan agar aktiviti ini dapat dikawal dengan lancar. Cara pengendalian “Tongue Twister” ialah setiap dua orang kanak-kanak akan diberikan sehelai kertas dimana mereka perlu menyebut ayat tersebut dengan pantas dan dengan sebutan yang betul. Bagi aktiviti “Word Search Puzzle” pula, mereka perlu menyelesaikan “Puzzle” yang diberikan secara berpasangan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak ini dapat mempelajari perkataan baharu dan dapat menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan lebih lancar. Aktiviti yang berunsurkan ilmiah ini diteruskan dengan sesi Matematik di mana pelajar diberikan soalan untuk diselesaikan bersama pasangan berkumpulan mereka. Aktiviti berunsurkan akademik ini berakhir pada jam 1 petang.
TONGUE TWISTER GAME ;)

TONGUE TWISTER GAME ;)

TONGUE TWISTER GAME ;)

TONGUE TWISTER GAME ;)


TONGUE TWISTER GAME ;)
Selesai sahaja sesi Bahasa Inggeris pada pukul 1 petang, kami berehat selama sejam untuk makan tengah hari dan solat Zohor.
Sekitar jam 2 petang, kanak-kanak mula memasuki dewan untuk aktiviti yang seterusnya iaitu permainan Kerusi Berirama yang berakhir pada jam 2.45 petang.
Aktiviti seterusnya ialah permainan “Bola Beracun” yang bermula sebaik sahaja selesai “Kerusi Berirama” iaitu pada jam 2.45 petang.
GAME BOLA BERACUN
Selesai sahaja permainan bola beracun pada jam 4 petang, aktiviti “Guess Who Am I” dijalankan sehingga jam 4.45 petang di mana kanak-kanak ini perlu berlakon seperti apa yang ditunjukkan dalam skrin telefon dan fasilitator perlu meneka apa yang dilakonkan oleh mereka.
Sesudah game “Guess Who Am I”, ahli-ahli diberikan masa untuk persiapan solat Asar sehingga pukul 5.15 petang.
Kami meneruskan aktiviti kami pada hari itu dengan “Community Service” dimana ahli-ahli dikehendaki untuk bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran Rumah Hope seperti memungut sampah sehinggalah jam 6 petang.
GOTONG-ROYONG

GOTONG-ROYONG

GOTONG-ROYONG
Sebelum bersurai, kami sempat menonton “movie” yang telah disediakan oleh biro aktiviti dan kemudiannya bersurai tepat jam 7 petang.
 Entri ditulis dan diedit oleh Intan Syafinaz & Nur Syafiqah dari Biro Multimedia & Teknikal :D

1 comment:

VIDEO