Pada 15 April 2017 (Sabtu) yang lalu, kami telah menjalankan
projek jalinan masyarakat seperti yang telah dijadualkan dalam entri sebelum
ini. Pertama kali menjejakkan kaki di Rumah HOPE ini, semua ahli kelihatan
sungguh teruja dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti seperti yang telah
dirancang. Kami bertolak dari Universiti Malaya pada jam 7.45 pagi dan sampai
di Rumah HOPE sekitar jam 8.20 pagi. Kehadiran kami telah disambut dengan baik
dengan warden dan seluruh penghuni Rumah HOPE.
 |
SELAMAT DATANG !!! |
Hari pertama kami dimulakan dengan sesi ice-breaking pada
jam 10 pagi di mana fasilitator memperkenalkan diri masing-masing kepada
kanak-kanak Rumah HOPE.
 |
SESI ICE BREAKING |
 |
SESI ICE BREAKING |
 |
SESI ICE BREAKING |
 |
SESI ICE BREAKING |
 |
SESI ICE BREAKING
|
Sejurus sahaja selesai sesi ice-breaking, aktiviti kami
diteruskan dengan senaman ringan yang diketuai oleh biro aktiviti iaitu Akmal,
Farid dan Wei Keng. Bagi menambahkan ‘mood’ kanak-kanak ini, biro aktiviti
telah menyediakan ‘game’ yang menarik dimana kanak-kanak ini bersama
fasilitator perlu berebut selipar (seperti yang dapat dilihat di dalam video
yang disediakan)
 |
GAME BEREBUT SELIPAR |
 |
GAME BEREBUT SELIPAR
|
Seusai sesi senaman ringan sekitar jam 11 pagi, program
“Kaseh Project” diteruskan dengan sesi yang lebih menjurus ke arah akademik
iaitu sesi Bahasa Inggeris. Aktiviti yang dijalankan sewaktu sesi ini ialah
“Tongue Twister” dan “Word Search Puzzle”. Kanak-kanak ini dibahagikan kepada
beberapa buah kumpulan agar aktiviti ini dapat dikawal dengan lancar. Cara
pengendalian “Tongue Twister” ialah setiap dua orang kanak-kanak akan diberikan
sehelai kertas dimana mereka perlu menyebut ayat tersebut dengan pantas dan
dengan sebutan yang betul. Bagi aktiviti “Word Search Puzzle” pula, mereka
perlu menyelesaikan “Puzzle” yang diberikan secara berpasangan. Melalui
aktiviti ini, kanak-kanak ini dapat mempelajari perkataan baharu dan dapat
menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan lebih lancar. Aktiviti yang
berunsurkan ilmiah ini diteruskan dengan sesi Matematik di mana pelajar
diberikan soalan untuk diselesaikan bersama pasangan berkumpulan mereka.
Aktiviti berunsurkan akademik ini berakhir pada jam 1 petang.
 |
TONGUE TWISTER GAME ;) |
 |
TONGUE TWISTER GAME ;) |
 |
TONGUE TWISTER GAME ;) |
 |
TONGUE TWISTER GAME ;) |
 |
TONGUE TWISTER GAME ;) |
Selesai sahaja sesi Bahasa Inggeris pada pukul 1 petang,
kami berehat selama sejam untuk makan tengah hari dan solat Zohor.
Sekitar jam 2 petang, kanak-kanak mula memasuki dewan untuk
aktiviti yang seterusnya iaitu permainan Kerusi Berirama yang berakhir pada jam
2.45 petang.
Aktiviti seterusnya ialah permainan “Bola Beracun” yang
bermula sebaik sahaja selesai “Kerusi Berirama” iaitu pada jam 2.45 petang.
 |
GAME BOLA BERACUN |
Selesai sahaja permainan bola beracun pada jam 4 petang, aktiviti
“Guess Who Am I” dijalankan sehingga jam 4.45 petang di mana kanak-kanak ini
perlu berlakon seperti apa yang ditunjukkan dalam skrin telefon dan fasilitator
perlu meneka apa yang dilakonkan oleh mereka.
Sesudah game “Guess Who Am I”, ahli-ahli diberikan masa
untuk persiapan solat Asar sehingga pukul 5.15 petang.
Kami meneruskan aktiviti kami pada hari itu dengan
“Community Service” dimana ahli-ahli dikehendaki untuk bergotong-royong
membersihkan kawasan persekitaran Rumah Hope seperti memungut sampah
sehinggalah jam 6 petang.
 |
GOTONG-ROYONG |
 |
GOTONG-ROYONG |
 |
GOTONG-ROYONG |
Sebelum bersurai, kami sempat menonton “movie” yang telah
disediakan oleh biro aktiviti dan kemudiannya bersurai tepat jam 7 petang.
Entri ditulis dan diedit oleh Intan Syafinaz & Nur Syafiqah dari Biro Multimedia & Teknikal :D
OMGGGGGGGG bagusnya budak-budak Um comel gitu
ReplyDelete